Pengenalan
Pada tahun 1974, dengan kerjasama Pengarah Pelajaran Kedah iaitu Ong Poh Kee, dua orang guru iaitu En Che Ani B Che Mat dan Tn. Syed Azmi B Syed Omar telah di hantar untuk mengajar di sini. Sekolah ini menjadi cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam.
Pada tahun 1978, pihak tentera dengan kerjasama Pejabat Daerah Padang Terap telah membina satu bangunan tambahan bagi menganti bangunan lama.
Pada tahun 1979, pihak Kementerian Pelajaran melalui Pejabat Pelajaran Kedah telah membina satu blok bangunan dua tingkat di atas tapak seluas 7.1 ekar. Tapak sekolah ini diderma oleh dua orang dermawan tempatan iaitu En Morad B Mahmud dan En Bahari B Saad.
Tanggal 20hb. Januari 1983, Tn. Hj Hassan B Md Isa ditugaskan untuk mentadbir sekolah ini sebagai Guru Besar. Lima orang guru dihantar membantu beliau. Jumlah murid ketika itu ialah 65 orang.Di sinilah bermulanya sejarah SK PERIK.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada :
TUAN HAJI MOHAMMAD BIN HAJI ABDUL HAMID , BCK.
Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap, kerana sudi merasmikan Laman Web SK PERIK.![]()





bravenet.com